
RUMAH TRADISIONAL NEGERI PERAK-RUMAH KUTAI Di Malaysia, selain kepelbagaian baju tradisional, makanan tradisional, permainan tradisional dan sebagainya, terdapat juga kepelbagaian dalam reka bentuk rumah seperti di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Rumah tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil “dangau” atau “teratak”. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh rumah diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia. Bentuk Rumah tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan baha...